Masa : 8:30 malam hingga 9:30 malam
0 Comments
UJIAN FASA 2 BERMULA PADA 8 OGOS 2016
Oleh : Ahmad Iznan bin Yusoff (Guru SK Pandan Indah)
17 Syawal 1437. 22 Julai 2016. Jumaat. Usai solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. Jam 02:15 petang. Memandu ke Tanah Perkuburan Presint 20. Memang niat untuk ziarah pusara mami aku hari ini. Kalendar Hijrah, genap 5 tahun mami sudah tiada. 17 Syawal 1432 - 17 Syawal 1437. Cuaca petang itu amat redup dan berangin. Selesai sahaja membaca Yasin, sekonyong-konyong telefon bimbit bergetar di dalam kocek. Apabila dijawab. Bagai disentap perasaan ini. Beliau sudah tiada lagi. Waktu itu aku masih berada di sisi pusara mami aku. Jam 03:15 petang. Keadaan lalulintas dari Putrajaya menghala ke Cheras agak sesak. Hujan lebat membasahi bumi. Air mata aku membasahi pipi. Tiba di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia jam 04:15 petang. Masih tidak percaya beliau sudah tiada. Mulai kenali beliau tahun 2010. Beliau susuk pertama menjemput isteri aku Nazie Nazirah Fadhlina yang berstatus Juruhebah Radio pada waktu itu untuk menjadi Juruacara Majlis Malam Kebudayaan Kem Perkhemahan Unit Beruniform SK Pandan Indah 2010. Mulai rapat dengan beliau melalui aktiviti Pengakap sekolah. Lagu Pengakap irama Arab berloghat Terengganu "Makan Durian" nyanyian beliau sentiasa menarik perhatian aku. Tahun 2011, sewaktu aku sibuk menghias pentas untuk graduasi Prasekolah dengan mengguna bahan daripada "polystyrene board". Beliau datang ke pentas. "Kenapa buat dengan bahan polystyrene? Tak real. Kita buat dengan bahan kayu baru real" (kurang lebih) kata beliau. Terus beliau hias pentas itu berseorangan. Sentuhan beliau memang punyai magis yang tersendiri. Sebab itulah beliau pernah memenangi pereka set dan props teater terbaik hingga peringkat kebangsaan. Momen tiada nilai aku bersama beliau adalah persiapan gimik 200 biji belon untuk Hari Kanak-kanak SK Pandan Indah 2013. Awal tahun ini (2016), beliau terpaksa bercuti selama sebulan akibat penyakit yang beliau tanggungi. Aku jumpa isteri beliau dan minta sampaikan salam aku pada beliau dan tolong bagitahu yang aku rindukan kelibat beliau di tempat kerja. Isteri beliau hanya tersenyum. Namun selepas ini, aku tak akan lagi dapat melihat kelibat beliau dan pastinya aku akan berterusan merindui beliau. Selepas ini tiada lagi lagu "Makan Durian" itu. Selepas ini tiada lagi sentuhan magis beliau dalam mereka set dan props serta gimik. Selepas ini tiada lagi lagu Hari Jadi berkumandang sewaktu sambutan Hari Guru. Tenanglah kamu di sana wahai sahabat yang disayangi Ustaz Zawawi Mohamed Zawawi Mohamed Zawawi Awie . Semoga urusan kamu di sana di permudahkan dan diletakkan dikalangan orang mukmin. Ada satu hajat beliau yang telah dibincangkan semenjak tahun lepas dan belum tertunai hingga saat ini. Insha Allah, hajat itu pasti aku dan rakan-rakan cuba realisasikan. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahumma firlahu warhamhu wa 'afihi wa 'fu 'anhu. ALFATIHAH Keterangan gambar : Dalam banyak banyak gambar aku bersama beliau. Gambar di Janda Baik, Pahang sewaktu bulan Februari 2014 ini benar benar menyentuh perasaan aku. Walaupun wajah kami tidak kelihatan (membelakangkan kamera) namun gambar ini seakan menceritakan talian persahabatan kami. Aku berada di tengah. Ustaz Azizan Yusoff di sebelah kiri. Beliau di sebelah kanan. p.s : (bukan untuk mengungkit tetapi ingin memberitahu betapa akrab aku dan beliau). Aku pernah belikan beliau baju Fred Perry warna biru dan beliau selalu mengenakan baju tersebut. Hargai sangat sangat. Dua orang murid PPKI SKPI terlibat dalam perkhemahan ini iaitu adik Sultan Syamsudin dan adik Muhammad Nur Afnan.
Tahniah diucapkan kepada adik Naim Ridzuan b. Muhd. Hisamuddin dan adik Aisy Hafly b. Azhar kerana telah mengharumkan nama SKPI di atas penyertaannya dalam kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Selangor pada 23-27 Mei 2016 yang lalu. Pasukan yang diwakili oleh adik Naim dan adik Aisy telah menjadi Johan. Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih-jurulatih Ragbi SKPI iaitu Cikgu Iznan, Cikgu Azhari dan Ustaz Nasa.
|
BARISAN PENTADBIRArchives
November 2021
|