Tahun ini tema hari guru ialah, pengantin.
0 Comments
Tahniah Buat Semua Warga SK Pandan Indah. SK Pandan Indah Telah Mewakili Daerah Hulu Langat ke Pertandingan Surau Imarah Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor. Alhamdulillah..Surau Al Kushaini SK Pandan Indah Merupakan Antara 10 Surau Terbaik Anugerah Surau Imarah Sekolah Rendah Negeri Selangor (ASIS) 2018. Terima Kasih Atas Komitmen Semua Guru Terutamanya Panitia Pendidikan Islam, PIBG dan Murid-murid Dalam Mengimarahkan Surau Al-Kushaini. Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan juga Tidak Dilupakan kepada Dato Kushaini Jaafar, merupakan penyumbang Surau Al- Kushaini. Semoga SK Pandan Indah Beroleh Kejayaan Yang Lebih Cemerlang Di Masa Akan Datang...
*Sumber FB Encik Azede Kabiran, GPK Kokurikulum SK Pandan Indah Tahniah..Penyampaian Hadiah dan Sijil Pencapaian Kepada Adik Muhd Firmansyah Bin Firuz Yang Telah Memenangi Pingat Perak Acara Sparring Lelaki dan Adik Qaisha Bt Abdullah Memenangi Tempat Ketiga Acara Sparring Perempuan Dalam Kejohanan Taekwando MSSD Hulu Langat 2018 di SMK Cheras Jaya Pada 8 Julai 2018. Semoga Terus Cemerlang di MSSS 17 Julai 2018 Nanti.
*Sumber FB Encik Azede Kabiran GPK Kokurikulum SKPI Al hamdulillah. Tiada siapa sangka SKPI boleh capai ke tahap ini. Perkara yang mulanya dianggap sebagai cabaran kini ternyata ia sebagai pengalaman yang cukup bermakna bagi seluruh warga SKPI. Kita telah mencipta sejarah ! Lawatan dari Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Lampung Indonesia sebagai program Jalinan Antarabangsa menjadi bukti bahawa nama SKPI mula meniti dibibir arena antarabangsa. Lawatan kedua ini juga membuktikan warga SKPI ampuh berhadapan dengan pelbagai cabaran. Tahniah kepada barisan pentadbir, tahniah seluruh jawatankuasa yang terlibat, tahniah seluruh guru-guru ku, tahniah murid-murid ku, tahniah kepada seluruh staf sokongan dan pekerja am dan juga tahniah kepada PIBG yang amat supportif. Kepada delegasi dari Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Lampung Indonesia didoakan semoga objektif lawatan ini tercapai dan semoga semua masiswa guru menjadi pendidik bangsa yang cemerlang.Terima kasih. *Dipetik daripada FB Encik Asman bin Harun GPK Kurikulum SKPI GALERIProgram Jalinan Antarabangsa SK Pandan Indah, Ampang dengan Universitas Muhammadiyah Prof Dr Hamka, Jakarta Indonesia. 11 Julai 2018. GALERI |
BARISAN PENTADBIRArchives
November 2021
|