Assalamualaikum.. mohon kerjasama semua ibubapa penjaga Sekolah Kebangsaan Pandan Indah untuk log in dalam https://public.moe.gov.my/ dan kemas kini maklumat anak2 tuan puan dlm APDM
Sekiranya tidak ada perubahan data, sy minta ibubapa click button kemaskini
Data- data yang perlu dikemaskini:
-pendapatan suami/isteri
-perubahan tanggungan
-bertukar alamat
-no telefon terkini
Sila ubah juga data lain sekiranya ada perubahan. Jika ada masalah , sila nyatakan dan hubungi guru kelas anak tuan/puan
Sehubungan dengan itu,mohon kerjasama ibubapa penjaga SK PANDAN INDAH untuk kemaskini data APDM https://public.moe.gov.my/
SILA RUJUK LAMPIRAN MANUAL PENGGUNA
* SILA PASTIKAN TUAN/PUAN KLIK BUTANG PERAKUAN MAKLUMAT SEKIRANYA MAKLUMAT SUDAH LENGKAP @ SELEPAS MELAKSANAKAN SEBARANG PERUBAHAN.
2. Pengguna yang dimaksudkan ialah Penjaga. Jadi, maklumat diri yang diperlukan semasa Daftar Pengguna ialah maklumat diri Penjaga.
3. Sekiranya tidak dapat Daftar Pengguna kerana ID telah didaftarkan sebelum ini, sila klik lupa kata laluan.
4. Sebarang pertukaran maklumat perlu disertakan dokumen yang berkaitan. Sila serahkan salinan dokumen berkenaan kepada guru kelas anak tuan/puan melalui anak tuan/puan.
Terima kasih atas kerjasama tuan/puan.